Hmm.. sedar tak sedar lagi beberape hari finals menjelang..
Kali ni finals terasa sangat2 tak bersedia and susah sangat untuk
memujuk diri untuk jadi rajin..
Sebenarnya.. ada satu lagu yang saya rasa sesuai..
Untuk dikongsi sebab lirik dia ada kaitan dengan satu topic yg kitorg bincangkan dengan naqibah satu masa lampau.
Qada dan Qadar Allah.. apa yang Allah tentukan untuk hamba-hambaNya telah tertulis dan semestinya sesuatu yang terbaik untuk kita , samada bahagia ataupun duka..Allah lebih mengetahui tentang diri hambaNya dan tak mungkin Allah bersifat zalim dan tidak adil sehingga membiarkan kita dalam kesedihan.
Alhadid-22-23
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (luh mahfudz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan diri
Alan-am 59
Dan kunci-kunci yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata.(luh mahfudz)
Sempena upcoming final exams ni.. insyaAllah..harap kita semua menimba ilmu dengan niat kerana Nya dan kerana mencari redha NYa…..
setiap kali-devotees
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja
setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah
oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini
seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku
Segalanya milik-Mu by Mestica
Kau yg menciptakan cinta
dan kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus stiap insan
kau yang mengutuskan duka
dan engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan
aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu...
munculah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)
aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkn kekuatan oh tuhan...