path2remember
assalammualaikum.

Akhirnya setelah lama mencari movie kingdom of heaven,saya dan housemate mengambil keputusan untuk mendownload sendiri cerita epic yang berkisarkan tentang perang Hittin atau dikenali sebagai perang salib kedua. Perang yang dikenali sebagai perang terbesar dalam sejarah dunia ini menyaksikan kemenangan tentera islam di bawah pimpinan Salahuddin ke atas kaum kristian di bawah Raja Baldwin IV Kejayaan menawan semula jerussalem pada 11 oktober 1187 ini menjadi tanda keagungan islam pada masa itu.Siapa yang berminat silalah tengok cerita tu yer! =)


Isu yang cuba saya utarakan sebenarnya ialah Ghazwul fikr atau dalam bahasa melayunya perang intelektual atau perang pemikiran.Satu cara utama yang digunakan oleh kaum kafir untuk melemahkan umat islam.Ini bermula sejak kegagalan menewaskan tentera Islam dalam perang salib..Orang kristian sedar mereka tidak mampu menewaskan umat Islam dengan kekuatan selagi pegangan Umat itu sendiri terhadap Islam masih kukuh.Lalu bermulalah perang pemikiran ini..Cara yang lebih halus.Mereka cuba hendak mengeluarkan kita dari cara hidup Islam.satu system kehidupan yang syumul.Tanpa Islam,kita hanya lah manusia yang tak tahu tujuan hidup.Yang mudah dijajah,diperkotak-katikkan.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah, “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk”. Dan jika engaku menuruti keinginan mereka setelah ilmu sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLah.

Al-Baqarah:120

Taktik 4S digunakan berjaya melalaikan kita.Apa itu 4S??

1-SMoKES 2-SEX 3-SonGS 4-SPORTS

Smokes = lihat sahaja pengeluar terbesar rokok bepusat di JErussalem,tapi mereka sendiri menghalang orang yahudi merokok kerana mereka sedar akan bahayaNYa rokok.(semasa cycle oncology tempoh hari,kami melihat patient with cancer of soft tissue yang hampir robek dagunya yang mana cancer itu juga diinduce oleh rokok.nauzubillah).rokok juga membawa kesan kepada mental development,liver,lung,heart dan etc.kita lihat saja berapa ramai anak melayu sekarang yg menghisap rokok??berjayakah mereka?YA!!

Sex =kini bayak sahaja kes2 anak luar nikah,tangkap basah yang rata-ratanya di kalangan remaja MElayu Islam sendiri.Inilah kesan PEnghasilan movie-movie yang diselitkan adegan2 lucah,pengeluaran majalah2 porno,promosi lagu2 dengan video clip yang mengghairahkan,rekaan fesyen2 yang jelas sekali mendedahkan aurat.Ini semua supaya kita rasa benda ini adalah suatu yang biasa.Secara tak langsung kita telah diperdaya oleh mereka..MEreka Berjaya menjadikan jahilliyah ini suatu yang tidak asing bagi kita.

Sports = pakaian-pakaian sukan yang tak menutup aurat dijadikan pakaian formal utk acara-acara sukan.berseluar pendek,pakaian renang.Dipertonton di kaca tv sehingga bagi kita itu satu yang biasa..Bukannya Islam tak mmbernarkan kita bersukan,tapi ada caranya..tak perlulah kita terikut-ikut Barat..JAnganlah kita lebih sibuk isu sukan sedang isu umat kita lupakan..

Songs =Artis dijadikan idola.Dipuja-puja.sampaikan ada akademi untuk menghasilkan artis2..Anak2 remaja sibuk menghafal lagu2 artis pujaan.mengagungkan orang yang tak sepatutnya. Ramai lagikah yang masih ingat atau tahu atau even mahu tahu sirah Islam,tokoh-tokoh besar Islam,perang2 dalam islam atau hakikat umat islam masa kini.

Berjaya kah mereka men’distract’kan kita dari Islam??YA!!

THOSe WHO STAND FOR nOThiNG,WILL FALL FOR ANyTHING..

Apabila kita lemah,apabila Islam bukan lagi pegangan kita,mudahlah kaum kafir untuk menawan kita..ITUlah tujuan mereka.Sudah berjayakah PErang pemikiran mereka ?? pikir2 kan..

path2remember
Assalammualaikum..

Pernah tak kita terpkir apakah tujuan Allah menciptakan manusia di bumi..adakah sekadar nak suruh kita bersuka-ria,
atau hanya fokus kepada mencari kerjaya,atau pun utk mengumpul harta..
Sedangkan kalau kita hendak mengupah org gaji skali pun,kita pasti dah punya plan utk apa tgasan yg perlu dia lakukan.
Inikan pula bila si Dia mencipta kita,mestilah juga ada tujuanNya.

Bila bercakap tentang tujuan manusia diciptakan,mcm2 jwpn kita dgr.solat,lakukan yg disuruh,tinggalkan yang dilarang,hormati ibu bapa,sedekah,puasa.betul..semua jwapan di atas betul.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
(at-Tur:52)


Tapi tak ramai yang sedar ada lagi satu tujuan utama Allah ciptakan kita.

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana ,sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan namaMu?"
Dia berfirman,"Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

(al-Baqarah:30)

Allah mengatakan manusia itu khalifah di bumi..bukan hanya khalifah kepada manusia.manusia,alam,tumbuhan,haiwan saling berkait.ibaratnya bgai gear2 yg bergerak di blkg sebuah jam bandul..yang memastikah bandul dan jarum jam itu sentiasa berjalan.

Andai hanya satu gear bergerak pada arah yang berlawanan atau berhenti bergerak,apa akan jadi pada gear2 laen.akan bergerakkah jarum jam itu?akan berjalankah bandul itu?
begitu jugalah yang terjadi sekarang apabila manusia tak lagi menjalankan tugas yang telah Allah berikan..
Akibatnya berlakulah bencana2 di bumi seperti gempa bumi,ribut,banjir dan sebagainya tanda alam ini pon sudah amarah dengan keenganan manusia melakukan tugas suruhan-NYa.

Khalifah itu apabila kita Menyeru kepada Amar makruf Nahi mungkar,apabila sisa2 jahiliyah kita hilangkan,apbila kita saling mengingatkan sesama Islam akan keagungan Allah,apabila kita bersama-sama berusaha menjadikan Islam kembali agung,sebagaimana kita pernah gemilang di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W atau di zaman khulafa Ar-Rasyidin.

DAn hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah mungkar.Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.
(al-Imran:104)

Kamu umat ISlam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah yang mungkar,dan beriman
(al-Imran:110)

Sahabat,umat Islam kini sedang terlena.Tanggungjwab kitalah untuk membangunkan mereka.Tanggungjawablah kitalah utk menyampaikan islam kepada msyarakat..menyeru mereka utk kemabali ke pangkuan Allah dgn menghayati Islam yg syumul dan menterjemahkan ajaran ISlam ini dalam realiti kehidupan kita.
Tidaklah memadai jika kita menjadi muslim seorang diri sahja tanpa mengambil berat orang sekeliling kita.






Rasulullah S.A.W bersabda

'barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah golongan mereka(golongan orang-orang Islam)'

wallahualam
path2remember
Assalamualaikum.

Pagi td pergi kursus pengurusan jenazah di asrama..Terasa gerunnye dgn kematian.Dan betapa sedihnya mengingatkan mereka yg telah kembali.Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka,tempatkan mereka dalam golongan org2 yg soleh dan solehah.Amin.

Mari kita renung2kan kata2 di bwh ni..Buat renungan kita bersama.....InsyaAllah.

DAH BERSEDIAKAH KITA?

Bila kita akan 'berangkat" dari alam ini, ia ibarat penerbangan ke sebuah
negara.
Dimana informasi tentangnya tidak terdapat dalam brosur penerbangan,
tetapi melalui Al-Qur'an dan Al-Hadis.
Di mana penerbangan bukannya dengan Aeroflot,KD avia,Qatar Airlines, Emirates,Singapore Airlines,Thai airlines atau Ettihad,
tetapi Al-Jenazah Airlines.

Di mana bekal kita bukan lagi baggage seberat 20Kg,
tetapi amalan yang tak lebih dan tak kurang.
Di mana bajunya bukan lagi baju berjenama,
tetapi kain kafan putih.
Di mana perfumenya bukan Channel, atau Polo, tetapi air biasa yang suci.

Di mana passport kita bukan Malaysian, Russian atau American, tetapi
Al-Islam.
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 1 tahun, tetapi 'Laailaahaillallah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
Di mana servisnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar
kain yang diwangikan.
Di mana tujuan mendarat bukannya Kuala Lumpur, Dubai,Heathrow
atau Moscow(DME or SVO), tetapi tanah pekuburan.
Di mana ruang menunggunya bukan lagi ruangan ber’aircond’ dan permadani,
tetapi ruang 2x1 meter, gelap gelita.

Di mana pegawai imigrasi adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa
apakah kita layak ke tujuan yang diidamkan.
Di mana lapangan terbang transitnya adalah Al Barzah
Di mana tujuan terakhir apakah Syurga yang mengalir sungai di bawahnya
atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak akan dibom atau dirampas, jadi tak perlu bimbang.
Sajian tidak akan disediakanjadi tidak perlulah risau
masalah alergi atau halal haram makanan.
Jangan risaukan flight cancel, penerbangan ini sentiasa tepat
waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan pikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, kerana anda telah
hilang selera bersuka ria.
Jangan bimbang tentang pembelian tiket, kerana tiket telah siap di
booking sejak ruh anda ditiupkan di dalam rahim ibu.

YA!BERITA BAIK!! Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda.
Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini.
Oleh sebab itu bergembiralah semahu-mahunya! Dan sekiranya anda masih mahu!
Hanya ingat! Penerbangan ini datang tanpa 'Pemberitahuan' .
Cuma perlu ingat!! Nama anda telah tertulis dalam tiket untuk Penerbangan.

Saat penerbangan anda berangkat... tanpa doa Bismillahi Tawakkaltu
'Alallah, atau ungkapan selamat jalan.
Tetapi Inalillahi Wa Inna ilaihi Rajiuun.....
Anda berangkat pulang ke Rahmatullah.Sakkaratul maut.

wassalam.
path2remember
Assalamualaikum

Pemuda 1 : orangnya lahir dan membesar di kalangan umat yang keadaannya senang..kerana keamanan dan kemakmuran yang kukuh..makan cukup..pakaian lengkap..nak apa semua dapat.. dapat pergi sekolah..shopping2..masuk U..kerja best..hari2 hanya fikir pasal diri sendiri, duit, scholar, keluarga, kerjaya n mcm2 lagi..selalu happy2 n tak fikir apa2………..

Pemuda 2 : si dia ni pula lahir dan membesar di tengah2 umat yg terpaksa berjuang kerana mereka terjajah dan dikuasai musuh, pemuda ni berjuang untuk mengembalikan hak2 mereka yang dirampas..rela mengorbankan kepentingan sendiri untuk kebaikan umat..pada ketika itu pemuda ni menumpukan perhatian lebih kpd umat lebih daripada dirinya sendiri………..

Antara kedua-dua pemuda ni..rasa2nye kita tergolong dalam pemuda yang mana? Hati lebih mengatakan saya sesungguhnya adalah pemuda yang pertama tu.. Kenapa saya berfikiran sebegitu ..dan saya tahu ramai lagi yang merasakan perkara yang sama.. Naqibah saya pun pernah memantulkan soalan dalam nada geramm ‘siapa yang menyebabkan kita berfikiran mcm ni’.. ada jawapan? Hehe

Bagi yang memilih dia adalah pemuda 2..sekalung tahniah saya ucapkan kerana dia telah berjaya menyelami maksud ISLAM adalah WATAN..betul tak? WATAN = tanah air.
Selama ni tanah air digambar-gemburkan sebagai tanah kelahiran or tanah tmpt kita membesar je kan..n majoritinya Malaysia lah kan..


Merujuk pada usul pertama dari 20 Imam Hasan al-banna: Watan seorang muslim ialah tempat di mana terdapat mereka yang mengucapkan kalimah syahadat ..so..di mana2 sahaja umat islam berada itulah watan kita.. and saya rasa dah ada entry yang telah diterangkan pasal ni..leh scroll bawah.. ;P

Perasan tak..kita sering disajikan dengan filem pasal kehancuran dunia ni..contohnya Armageddon, the day the earth stood still, war of the world



Kandungan filem2 ni balik2 berkisar dunia yang musnah menuju titik noktahnya.. Hey wait..~ bukankah sebelum dunia ini melabuhkan tirainya, sinar islam terlebih dahulu gemilang..

061.013 وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang mukmin.
as-saff : 13


Filem2 macam ni la yang banyak mempengaruhi umat islam sekarang menyebabkan kita lupa pada janji Allah swt dan jadi tak yakin adanya kemenangan Islam nanti..


Kita patut ambil teladan dari sifat burung la kalau mcm ni.. Cuba perhatikan burung2 yang terbang cari makanan..bila waktu gerhana tiba..burung2 pun cepat balik ke sangkar..ye la dah gelap kan..balik la rumah..


Tapi burung2 ni balik bukan untuk tidur seperti yang kita sangkakan..burung2 ni berjaga sampai la gerhana hilang..sbb ape? Sbbnye burung2 ni yakin gerhana ni tak permanent..lepas dah gerhana leh la cari makanan balik..

Jadi..gerhana ni kita gambarkan sebagai kegelapan yang melanda umat Islam sekarang..tapi bukanlah untuk selama-lamanya..



fajar ISLAM pasti menyinsing tak lama lagi..jahiliyyah pasti runtuh di bawah kekuatan islam. Islam akan sekali lagi mentadbir alam ini. Maka sama2 lah kita yakin dan tidak putus asa dengan janji Allah.. jangan lah bersifat putus asa..walaupun orang2 kafir cuba utk menghapuskannya…

009.032 يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah Menolaknya, malah Berkehendak Menyenpurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai.

009.032 (At-Tawba [Repentance, Dispensation])


Rasulullah saw yang kita kasihi juga selalu memberikan khabar gembira tentang kemenangan yang bakal diperolehi para muslimin kpd sahabat2.

Dalam peristiwa hijrah..semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah, Rasulullah bertemu dgn Suraqah bin Malik yang ketika itu dalam percubaan untuk membunuh Rasulullah. Setelah beberapa percubaan gagal, Suraqah mengalah. Rasulullah sebaliknya mengatakan pada Suraqah bahawa kerajaan Islam pasti menawan Parsi dan kalung kisra raja Parsi akan Rasulullah hadiahkan pada Suraqah. Rasulullah dan para sahabat sangat optimis berjuang dan setelah beberapa tahun kewafatan Rasulullah dan Suraqah telah pun memeluk agama Islam.. Janji Rasulullah terlaksana untuk menawan kota Parsi..Saidina Umar ra khalifah ketika itu menyarungkan kalung dan persalinan kebesaran raja Parsi kepada Suraqah sebagaimana yang dijanjikan Rasulullah kira2 10 tahun dahulu…..


Dalam perang ahzab pula..ketika Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit, Rasulullah mengatakan kepada para sahabat di kala semangat mereka merudum, dalam keadaan getir ditindas kafir quraisy..bahawa Islam akan menawan kota Yaman, Rom dan Parsi..sedangkan umat islam ketika itu berhadapan dengan musuh yang cukup ramai. Dengan keyakinan para sahabat, mereka berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di atas muka bumi seterusnya melaksanakan janji Rasulullah saw.

Buktinya? Perhatikan di Makkah ataupun Madinah, mengapa tidak kita temui banyak kubur para sahabat..semestinya kubur mereka secara logiknya di situ..maksudnya..mereka merantau demi menyebarkan risalah islam di seluruh pelosok dunia..kubur mereka bukanlah di tanah kelahiran tapi di tempat `lain’..

Jadi.. sama-samalah kita bukakan mata celikkan minda.. untuk merealisasikan janji Allah..kita tidak patut merasakan kita berada dalam situasi pemuda 1..sampai bila pun kita tak akan sedar dan melangkah ke arah kebangkitan Islam.. Kesimpulannya..kita adalah PEMUDA 2, tidak kira situasi apa kita berada sekarang ni…


Umur kita bukanlah umur selagi dikandung badan
tapi umur kita umur umat ini

Berilah kami kekuatan agar sentiasa istiqamah di jalanMU ya Allah
wallahu'alam
path2remember
Asslamualaikum...Jom baca lirik lagu ni pulak...

Lagu ni lirik best.Tapi kata2 dlm ni susah kita nak buat.Tak semua bnda dlm hidup ni kita berpandukan btl2 pada kata2 lagu ni kan...Bercakap senang,tapi nak aplikasi?......susah kan...

Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi..


Harap jadi motto bg hidup kita.Masa zaman sekolah dulu,selalu org tanya kan,ape motto kita..semua motto2 itu hanya la utk berjaya kat dunia je kan,kalau fikir2 balik..Maybe ada org yg dah paham masa tu..teringat zaman kanak2 riang,pada waktu menulis biodata dlm buku2 comel kawan2 adalah hobi.=P

p/s;Saya tak pandai menulis,salah silap harap maafkan...wassalam.
path2remember
Sujud Sejadah.Apa kelebihan.

Perbuatan sujud ini disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128).
Mazhab hanafi meletakkan hukum wajib.Tapi menurut majoriti mazhab,adalah sunat utk sujud apabila terjumpa dgn ayat2 sujud ini.

Ayat-ayat sujud sajadah ialah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur .Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.

Secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti :"Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)

Kepentingan sujud ini adalah:-

"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat muslim.)
Tetapi kalau kita berada dlm keadaan yg tak sesuai utk sujud,kita harus buat isyarat sujud je.
"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di antaranya yag berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas tangannya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).



Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta."

Wallahu'alam. sumber:Zaharuddin.net
path2remember
assalamualaikum..

PALestine itu dekat dengan kita.
Jauh ke palestin dari malaysia,dari rusia?kalau nak ikutkan latitude or longitude bumi ni,mmg la jauh.Tapi kalau kita tgk pada map of our heart,patutnya Palestine tu dekat je..Palestin tu dekat sebenarnya dgn kita...kasih sejarak dua jari.chewah..
sama juga dgn negara lain.tak kisah kat mana pn.Sbb dia mana ada umat islam,di situ la juga tanah air kita.

Bila mereka sakit,kita juga patut rasa sakit.
Bila mereka menangis,kita juga berkongsi kesedihan.
Bila kita gembira,igt2 la pada mereka.

sabda Nabi Muhammad S.A.W-riwayat Muslim

umat islam ni bagaikan satu body,if an organ inside it, is damaged.the whole body will feel it.It will affect all of our body.(contohnya kalau ada cancer of liver ke with metastasis),satu badan akan rasa,bukan setakat local symptoms je,general conditon pun deteriorates)
jadi,if saudara seislam kita disembelih,di 'apartheid'kan,dibom,mereka disakitkan,maka kita juga patut merasa kesakitan itu because they are part of us.. (nasihat utk diri sendiri)...

kdg2 kita ni bukan tak tahu,tapi sebenarnya malas nak ambil peduli............bukak la mata...'thoracoscopic' kan heart kita....kat mane kita sekarang?
Jgn tak ambil peduli...Jgn buat2 tak ambil peduli........................

wassalam...





path2remember
sEmALaM

assalammualaikum.
erm..its been really long since I last wrote anything or post anything...bile nak menulis pun dah rase laen.kaku tanganku=) yesterday,suddenly tibe2 teringt nk try to on my laptop yg dah berhabuk sbb nearly 5 month tak berusik due to laptop yg dah berumur nearly 5 years ni kini dah teralu uzur,sumtime it can b charged n sumtime it just
couldn’t >bile datang perangainya .its a SIGN I should buy a new one tu=) insyaAllah balik nnti..bertahan sket ek?syukran kathira buat housemate2 ku yg slalu laa terpaksa merelakan aku mggunakn laptop mereka bile online,bile tulih blog,bile buat sumer bnder laaa.

Tup2,tonite boleh pulak di charge so aku pon mgmbil ksmptn mgcopy laa all the documents2 yg berharga dlm tu =) tibe2 I saw one folder. title-LALANG.folder aper pulak nie. Click! Laju aja aku trus open file tu..ooo,ini folder time aku berusia 19 tahun,2nd year..masa tu baru nk enjoy sbb abis exam.mmg kebiasaan aku yg byk bertanya stiap kali chat or if dia call.i’ll paste sum of the conversations kat ym time tu yang I hope we all cn learn from kat bawah.

Aku :dah abis exam boleh main sim puas2.
Dia :ha?main sim?kamu nie dah umur 19 thunk pun tak sedar lgi?
Aisyah umur 18 dah hafal ribu2 hadith,Ali kecik2 dah ganti tmpt tido nabi time peristiwa hijrah,Muhammad al-fatih 23 tahun dah bebaskn constantinopole.kamu aper sumbangan?
(terdiam aku)

Aku :kamu mmg tak maen game n tgk movie lgsung la?isk3?
Dia :tak main game tapi movie bleh jer tgk tp pilih2 laa..muhammad d last prophet,umar mukthar,saladdin.tgk yg mana yg mmberi manfaat.
(aku baru knl umar mukhtar time jaulah ke uk dlu,dia dah tau nearly 3 years ago.huhu

Aku :tapi macam maner nak berubah?kamu mula mcm maner?sush laa..
Dia :ok laa.analogi nya macam nie.ada satu tanah lapang yang penuh dgn lalang,kamu nak tanam bunga,ape kamu kene buat dulu?
Aku :ha?tanam bunga?
Dia :mesti laa kene cabut lalang2nya dulu baru boleh bubuh baja,tanam benih,dan siram.ader steps laaa kan?mulakan dgn cabut lalang.
Aku :erm,cabut lalang tu mksudnya mcm maner?to b specific?
Dia :bersihkan hati,tinggalkn dan buang mana yang tak perlu.baru laa senang bunga nak tumbuh mekar nnti.
(time ni aku pelik ape laa suke sgt sgt pakai analogi,tp skrg baru phm,analogi buat kite phm dgn lebih jelas bout things.=)

merupakan tanda baiknya ISLAM seseorang apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya.
(riwayat tirmidzi)


smbil scroll down thru folder tu,tersenyum aku tringt kmbli zmn dulu2..isk3.malu pun ader dgn abg aku.alhamdullillah,itu dulu.aku yg dulu bkn aku yg skrg.ape beze aku dulu,aper beze aku skrg?naive btul masa tu..thank u GOD for still giving me the chance to know U better,to b a better person.thanks a lot jugak to all my frens yg mmbawa aku mgnal usrah,IHAB,sayyid qutb,kmbali mgingat sejarah islam,kmbali menyaedari Who I am..kepada roommate ku yg will give a talk psal ISK ptg nie tu..maat taufik!jgn risau,nmpk mcm dah ready jer..smgt die tgk ISK ustaz salam..hehe..
by humaira~