path2remember
Nampaknye..blog ni makin lame makin tak diupdate..hehe..
Hmm.. sedar tak sedar lagi beberape hari finals menjelang..
Kali ni finals terasa sangat2 tak bersedia and susah sangat untuk
memujuk diri untuk jadi rajin..

Sebenarnya.. ada satu lagu yang saya rasa sesuai..
Untuk dikongsi sebab lirik dia ada kaitan dengan satu topic yg kitorg bincangkan dengan naqibah satu masa lampau.

Qada dan Qadar Allah.. apa yang Allah tentukan untuk hamba-hambaNya telah tertulis dan semestinya sesuatu yang terbaik untuk kita , samada bahagia ataupun duka..Allah lebih mengetahui tentang diri hambaNya dan tak mungkin Allah bersifat zalim dan tidak adil sehingga membiarkan kita dalam kesedihan.


Alhadid-22-23

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (luh mahfudz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan diri

Alan-am 59

Dan kunci-kunci yang ghaib ada padaNya, tidak ada yang mengetahui selain dia.Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata.(luh mahfudz)

Sempena upcoming final exams ni.. insyaAllah..harap kita semua menimba ilmu dengan niat kerana Nya dan kerana mencari redha NYa…..

setiap kali-devotees

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

Segalanya milik-Mu by Mestica

Kau yg menciptakan cinta
dan kau jua yang menghampar bahagia
diribaanMu terhimpun harapan
impian tulus stiap insan

kau yang mengutuskan duka
dan engkaulah yang mengirimkan hampa
namun padaMu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu...

munculah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut namaMu
terarah segala ronda rasa
pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)

aku tahu inilah kasihMu
aku tahu inilah cintaMu
dan ku tahu disegenap ruang rasaku
telah kau titipkn kekuatan oh tuhan...
path2remember

Asslamualaikum..


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

" Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan:-

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh

KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat

WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat

ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi

SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala

PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA

sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung,maka datang;lah pahala

HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah

SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU

lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala

SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT

lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Harap dpt jdkan teladan.Dan apa yg kita buat kita niatkan semuanya kerana Allah.Jika tidak,sia2 je amalan kita.Sesungguhnya Allah melihat amalam hamba2Nya..Dan semoga apa yg kita kerjakan adalah IKHLAS KERANA ALLAH TAALA dan bukan utk mendapat pujian,menunjuk2..Dan buang perasaan riak,ujub....Dan semoga apa yg kita kerjakan mendapat balasan yg setimpal dah dpt bantu kita di AKHIRAT kelak.....insyaALLAH..

wassalam.

path2remember
Assalammualaikum

Dari Annu'man bin Basyir r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda:

"Perumpamaan orang yang berdiri tegak pada had-had Allah (mempertahankan hukum Allah) dan orang yang menjerumuskan diri di dalam had-had Allah (melanggar hukum Allah) adalah seperti sesuatu kaum yang bersama di dalam sebuah kapal, sebahagian dari mereka berada di atas kapal, sedang sebahagian lainnya berada bahagian bawah kapal."

"Orang-orang yang berada di bahagian bawah kapal itu apabila hendak mengambil air, tentu saja melalui orang-orang yang ada di atasnya, maka mereka berkata: 'Bagaimanakah jika kita membuat lubang saja di bahagian bawah kita ini, suatu lubang itu tentunya tidak mengganggu orang yang ada di atas kita.' Maka jika sekiranya orang yang bahagian atas itu membiarkan saja orang yang bahagian bawah menurut kehendaknya, tentulah seluruh isi kapal akan binasa. Tetapi jikalau orang bahagian atas itu mengambil tangan orang yang bahagian bawah,tentulah mereka selamat dan selamat pulalah seluruh penumpang kapal itu."
(Riwayat Bukhari)

Sebuah hadith yang saya rasakan analoginya sangat practical utk kita.
It mentions the fact that people in any society must live together and put up with each other, that each people have needs that need to be fulfilled such as the need of the people of the lower deck to take water. The example of the ship is like people in a society where some people wish to engage in bad deeds by making a hole in bottom of the ship and this Hadith explained that the people of the upper deck mestilah MENGHALANG PERBUATAN MUNGKAR itu kerana jika mereka MENGABAIKANNYA atau TIDAK AMBIL TAHU maka akan tenggelamlah kapal itu.

The anger of Allah and punishment will reach everyone.

The destruction will face EVERYBODY.

Contohnya kejadian TSUNAmi di Phuket yang berlaku menunjukkan bahawa balasan Allah itu tidak akan turun hanya kepada si pembuat dosa tapi juga kepada seluruh society yang tidak menghalang perlakuan mungkar itu.

“Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang2 yang zalim saja di antara kamu.Ketahuilah bahawa Allah itu sangat keras siksaNya”
[ Anfaal: 25 ]

Marilah kita sama2 mencegah kemungkaran yang berlaku di sekitar kita.Sekarang bukanlah masa untuk beruzlah.Masyarakat masa sekarang sedang nazak.Ummat amat memerlukan kita.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh berbuat makruf,dan mencegah dari yang mungkar,Dan mereka itulah orang2 yang beruntung”
[ 3 :104 ]
Sama2 lah kita mengambil pelajaran dari hadith ini..wallahualam.
Thabbit qulubana ala deenik ya Allah..
path2remember
assalamualaikum...

kehebatan dunia mmg dah serasi dlm diri kita yg hina ni kan...Dunia ni is a distraction.....Supaya kita tak nmpak apa yg akan jd pada kita bila hidup kita berakhir.....Adakah kita ni hidup dlm satu kotak je?nk join group org2 kafir?yg bersusah payah,mengumpul harta dunia,tapi apabila sampainya MAUT,semua benda ditinggalkan,harta tu tlg ke?,jd ape guna HARTA tu!!!APA GUNA?!!!!BAgi kita org ISLAM yg percaya adanya hari Akhirat,adanya padang mahsyar,adanya titian Siratul mustaqim,Adanya SYURGA n NERAKA...harta dan kesenangan tu boleh beratkan timbangan kita ke?boleh tolong kita ke?Allah hanya melihat amal hamba-hambaNYa..

apabila kita memasukkan kehebatan dunia dalam hati-hati kita....maka,tercabutlah KEHEBATAN ALLAH dari hati-hati dan kehidupan kita.......
Kita dah tak nampak kehebatan Allah,apa yg kita nmpak hanya la rumah banglo 3tingkat,kereta2 mewah,duit berlambak dlm bank...kesenangan dunia....dan lain2...Apa yg kita rasa apabila lihat langit?laut yg takde sempadan?gunung ganang?matahari dan bulan silih berganti...

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."Al-Baqarah:164.

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam."
Al-A'raf:54

sedangkan alam semesta pn tunduk patuh pada Allah,apatah lagi kita ni manusia yg dicipta dr tanah...Adakah kita lupa tanggungjawab kita?

dalam surah Ar-rahman Allah berfirman "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Dalam surah Ar-Rahman Allah byk menyebut ttg kekuasaannya,nikmat yg Allah limpahkan kpd kita dan kita.....Maka nikmat tuhanMu yg manakah kamu dustakan?....

Diceritakan ada seorang sahabat nabi-Ibnu Muthi..pada suatu dia melihat rumahnya yg tersergam indah,kemudian dia tersenyum,dan kemudiannya dia menangis...dia berkata "jikalau mati itu tidak wujud,maka aku akan lebih menyanjungimu(rumah)..."

Jadi,imbangkan kehidupan kita...

wassalam....
path2remember

Assalamualaikum..

syabas buat sahabat2 saya yang bersemangat utk teruskan boycott ni..baru sembang2 kan,cakap inila MILO terakhir kita..hehe..ada lg 1.5 kg..Pasni kita boleh je beli ovaltine ke,vico kan..Maggi kita beli la adabi,cintan ke..lg best..Haritu semangat je boycott ni,tapi tetiba terbeli air NESTEA(dari Nestle)..Dah bayar baru sedar..Huhu..Tapi dah beli,takkan nk buang lak kan..minum jela..Cuma risau.bagaimana kalau nnti balik malaysia..Byknya godaan..Mcd,KFC,Pizza hut....Barang nestle berlambak...Danone..Dulu suka pakai maybelline..Tapi boleh je tukar kan..Kita nak ke duit yg kita beli tu Jadi PELURU utk digunakan atas saudara2 kita..Mungkin ini bukan masa kita lg...mana tau,akan dtg..duit yg kita sumbangkan,jd PELURU,TANK, utk bunuh kita pulak.....

“Satu riyal yang anda keluarkan keluarkan untuk membeli produk Israel dan Amerika, sama dengan satu butir peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestin” – Dr.Yusuf Al-Qardhawi.

Ada sahabat saya cerita hari tu,,,Asal usul perkataan STARBUCK..

STAR=Israel(kan bendera israel bentuk bintang)

BUCK= duit....

jd,starbuck ialah duit kepada ISRAEL LAKNATULLAH...


kepada sahabat2 ku,igtkan la saya jika terlupa,takut terbeli.....Mungkin ini jalan jihad kita...!!!!....


Wassalam...

utk penerangan lebih lanjut..sila jenguk lmn web ni

http://satuumat.blogspot.com/2009/02/siapa-biayai-zionis-ini-dia.html

path2remember

Assalamualaikum....hayati betul2..Hrp dpt timbulkan kesedaran....


AKU BIMBANG

Aku bimbang. Sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit

Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang
Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..
adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH

tapi sebenarnya bimbangkah kita?...kita dihidangkan dgn kesenangan dunia,kecantikannya,kelazatannya..sampai kita terlupa,apa matlamat kita,ke mana kita akan kembali...bg Sesiapa yg belum baca entry apakah peranan kita..sila la baca...mari sama2 muhasabah diri...Biar terdetik rasa gentar,rasa takut...Andai esok hari kita...........................cukupkah amalan nk dibawa?

Jadi,bimbangkah kita?


wassalam..........

path2remember
assalammualaikum.

Akhirnya setelah lama mencari movie kingdom of heaven,saya dan housemate mengambil keputusan untuk mendownload sendiri cerita epic yang berkisarkan tentang perang Hittin atau dikenali sebagai perang salib kedua. Perang yang dikenali sebagai perang terbesar dalam sejarah dunia ini menyaksikan kemenangan tentera islam di bawah pimpinan Salahuddin ke atas kaum kristian di bawah Raja Baldwin IV Kejayaan menawan semula jerussalem pada 11 oktober 1187 ini menjadi tanda keagungan islam pada masa itu.Siapa yang berminat silalah tengok cerita tu yer! =)


Isu yang cuba saya utarakan sebenarnya ialah Ghazwul fikr atau dalam bahasa melayunya perang intelektual atau perang pemikiran.Satu cara utama yang digunakan oleh kaum kafir untuk melemahkan umat islam.Ini bermula sejak kegagalan menewaskan tentera Islam dalam perang salib..Orang kristian sedar mereka tidak mampu menewaskan umat Islam dengan kekuatan selagi pegangan Umat itu sendiri terhadap Islam masih kukuh.Lalu bermulalah perang pemikiran ini..Cara yang lebih halus.Mereka cuba hendak mengeluarkan kita dari cara hidup Islam.satu system kehidupan yang syumul.Tanpa Islam,kita hanya lah manusia yang tak tahu tujuan hidup.Yang mudah dijajah,diperkotak-katikkan.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah, “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk”. Dan jika engaku menuruti keinginan mereka setelah ilmu sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLah.

Al-Baqarah:120

Taktik 4S digunakan berjaya melalaikan kita.Apa itu 4S??

1-SMoKES 2-SEX 3-SonGS 4-SPORTS

Smokes = lihat sahaja pengeluar terbesar rokok bepusat di JErussalem,tapi mereka sendiri menghalang orang yahudi merokok kerana mereka sedar akan bahayaNYa rokok.(semasa cycle oncology tempoh hari,kami melihat patient with cancer of soft tissue yang hampir robek dagunya yang mana cancer itu juga diinduce oleh rokok.nauzubillah).rokok juga membawa kesan kepada mental development,liver,lung,heart dan etc.kita lihat saja berapa ramai anak melayu sekarang yg menghisap rokok??berjayakah mereka?YA!!

Sex =kini bayak sahaja kes2 anak luar nikah,tangkap basah yang rata-ratanya di kalangan remaja MElayu Islam sendiri.Inilah kesan PEnghasilan movie-movie yang diselitkan adegan2 lucah,pengeluaran majalah2 porno,promosi lagu2 dengan video clip yang mengghairahkan,rekaan fesyen2 yang jelas sekali mendedahkan aurat.Ini semua supaya kita rasa benda ini adalah suatu yang biasa.Secara tak langsung kita telah diperdaya oleh mereka..MEreka Berjaya menjadikan jahilliyah ini suatu yang tidak asing bagi kita.

Sports = pakaian-pakaian sukan yang tak menutup aurat dijadikan pakaian formal utk acara-acara sukan.berseluar pendek,pakaian renang.Dipertonton di kaca tv sehingga bagi kita itu satu yang biasa..Bukannya Islam tak mmbernarkan kita bersukan,tapi ada caranya..tak perlulah kita terikut-ikut Barat..JAnganlah kita lebih sibuk isu sukan sedang isu umat kita lupakan..

Songs =Artis dijadikan idola.Dipuja-puja.sampaikan ada akademi untuk menghasilkan artis2..Anak2 remaja sibuk menghafal lagu2 artis pujaan.mengagungkan orang yang tak sepatutnya. Ramai lagikah yang masih ingat atau tahu atau even mahu tahu sirah Islam,tokoh-tokoh besar Islam,perang2 dalam islam atau hakikat umat islam masa kini.

Berjaya kah mereka men’distract’kan kita dari Islam??YA!!

THOSe WHO STAND FOR nOThiNG,WILL FALL FOR ANyTHING..

Apabila kita lemah,apabila Islam bukan lagi pegangan kita,mudahlah kaum kafir untuk menawan kita..ITUlah tujuan mereka.Sudah berjayakah PErang pemikiran mereka ?? pikir2 kan..

path2remember
Assalammualaikum..

Pernah tak kita terpkir apakah tujuan Allah menciptakan manusia di bumi..adakah sekadar nak suruh kita bersuka-ria,
atau hanya fokus kepada mencari kerjaya,atau pun utk mengumpul harta..
Sedangkan kalau kita hendak mengupah org gaji skali pun,kita pasti dah punya plan utk apa tgasan yg perlu dia lakukan.
Inikan pula bila si Dia mencipta kita,mestilah juga ada tujuanNya.

Bila bercakap tentang tujuan manusia diciptakan,mcm2 jwpn kita dgr.solat,lakukan yg disuruh,tinggalkan yang dilarang,hormati ibu bapa,sedekah,puasa.betul..semua jwapan di atas betul.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.
(at-Tur:52)


Tapi tak ramai yang sedar ada lagi satu tujuan utama Allah ciptakan kita.

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana ,sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan namaMu?"
Dia berfirman,"Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".

(al-Baqarah:30)

Allah mengatakan manusia itu khalifah di bumi..bukan hanya khalifah kepada manusia.manusia,alam,tumbuhan,haiwan saling berkait.ibaratnya bgai gear2 yg bergerak di blkg sebuah jam bandul..yang memastikah bandul dan jarum jam itu sentiasa berjalan.

Andai hanya satu gear bergerak pada arah yang berlawanan atau berhenti bergerak,apa akan jadi pada gear2 laen.akan bergerakkah jarum jam itu?akan berjalankah bandul itu?
begitu jugalah yang terjadi sekarang apabila manusia tak lagi menjalankan tugas yang telah Allah berikan..
Akibatnya berlakulah bencana2 di bumi seperti gempa bumi,ribut,banjir dan sebagainya tanda alam ini pon sudah amarah dengan keenganan manusia melakukan tugas suruhan-NYa.

Khalifah itu apabila kita Menyeru kepada Amar makruf Nahi mungkar,apabila sisa2 jahiliyah kita hilangkan,apbila kita saling mengingatkan sesama Islam akan keagungan Allah,apabila kita bersama-sama berusaha menjadikan Islam kembali agung,sebagaimana kita pernah gemilang di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W atau di zaman khulafa Ar-Rasyidin.

DAn hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh yang makruf,dan mencegah mungkar.Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.
(al-Imran:104)

Kamu umat ISlam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh yang makruf, dan mencegah yang mungkar,dan beriman
(al-Imran:110)

Sahabat,umat Islam kini sedang terlena.Tanggungjwab kitalah untuk membangunkan mereka.Tanggungjawablah kitalah utk menyampaikan islam kepada msyarakat..menyeru mereka utk kemabali ke pangkuan Allah dgn menghayati Islam yg syumul dan menterjemahkan ajaran ISlam ini dalam realiti kehidupan kita.
Tidaklah memadai jika kita menjadi muslim seorang diri sahja tanpa mengambil berat orang sekeliling kita.






Rasulullah S.A.W bersabda

'barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah golongan mereka(golongan orang-orang Islam)'

wallahualam