path2remember

Asslamualaikum..


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

" Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan:-

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh

KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat

WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat

ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi

SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK

telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala

PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNA

sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung,maka datang;lah pahala

HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT

lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah

SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUS-MUSUHAN SESAMA UMATKU

lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala

SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT

lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


Harap dpt jdkan teladan.Dan apa yg kita buat kita niatkan semuanya kerana Allah.Jika tidak,sia2 je amalan kita.Sesungguhnya Allah melihat amalam hamba2Nya..Dan semoga apa yg kita kerjakan adalah IKHLAS KERANA ALLAH TAALA dan bukan utk mendapat pujian,menunjuk2..Dan buang perasaan riak,ujub....Dan semoga apa yg kita kerjakan mendapat balasan yg setimpal dah dpt bantu kita di AKHIRAT kelak.....insyaALLAH..

wassalam.