path2remember
Assalamualaikum

Pemuda 1 : orangnya lahir dan membesar di kalangan umat yang keadaannya senang..kerana keamanan dan kemakmuran yang kukuh..makan cukup..pakaian lengkap..nak apa semua dapat.. dapat pergi sekolah..shopping2..masuk U..kerja best..hari2 hanya fikir pasal diri sendiri, duit, scholar, keluarga, kerjaya n mcm2 lagi..selalu happy2 n tak fikir apa2………..

Pemuda 2 : si dia ni pula lahir dan membesar di tengah2 umat yg terpaksa berjuang kerana mereka terjajah dan dikuasai musuh, pemuda ni berjuang untuk mengembalikan hak2 mereka yang dirampas..rela mengorbankan kepentingan sendiri untuk kebaikan umat..pada ketika itu pemuda ni menumpukan perhatian lebih kpd umat lebih daripada dirinya sendiri………..

Antara kedua-dua pemuda ni..rasa2nye kita tergolong dalam pemuda yang mana? Hati lebih mengatakan saya sesungguhnya adalah pemuda yang pertama tu.. Kenapa saya berfikiran sebegitu ..dan saya tahu ramai lagi yang merasakan perkara yang sama.. Naqibah saya pun pernah memantulkan soalan dalam nada geramm ‘siapa yang menyebabkan kita berfikiran mcm ni’.. ada jawapan? Hehe

Bagi yang memilih dia adalah pemuda 2..sekalung tahniah saya ucapkan kerana dia telah berjaya menyelami maksud ISLAM adalah WATAN..betul tak? WATAN = tanah air.
Selama ni tanah air digambar-gemburkan sebagai tanah kelahiran or tanah tmpt kita membesar je kan..n majoritinya Malaysia lah kan..


Merujuk pada usul pertama dari 20 Imam Hasan al-banna: Watan seorang muslim ialah tempat di mana terdapat mereka yang mengucapkan kalimah syahadat ..so..di mana2 sahaja umat islam berada itulah watan kita.. and saya rasa dah ada entry yang telah diterangkan pasal ni..leh scroll bawah.. ;P

Perasan tak..kita sering disajikan dengan filem pasal kehancuran dunia ni..contohnya Armageddon, the day the earth stood still, war of the world



Kandungan filem2 ni balik2 berkisar dunia yang musnah menuju titik noktahnya.. Hey wait..~ bukankah sebelum dunia ini melabuhkan tirainya, sinar islam terlebih dahulu gemilang..

061.013 وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang mukmin.
as-saff : 13


Filem2 macam ni la yang banyak mempengaruhi umat islam sekarang menyebabkan kita lupa pada janji Allah swt dan jadi tak yakin adanya kemenangan Islam nanti..


Kita patut ambil teladan dari sifat burung la kalau mcm ni.. Cuba perhatikan burung2 yang terbang cari makanan..bila waktu gerhana tiba..burung2 pun cepat balik ke sangkar..ye la dah gelap kan..balik la rumah..


Tapi burung2 ni balik bukan untuk tidur seperti yang kita sangkakan..burung2 ni berjaga sampai la gerhana hilang..sbb ape? Sbbnye burung2 ni yakin gerhana ni tak permanent..lepas dah gerhana leh la cari makanan balik..

Jadi..gerhana ni kita gambarkan sebagai kegelapan yang melanda umat Islam sekarang..tapi bukanlah untuk selama-lamanya..



fajar ISLAM pasti menyinsing tak lama lagi..jahiliyyah pasti runtuh di bawah kekuatan islam. Islam akan sekali lagi mentadbir alam ini. Maka sama2 lah kita yakin dan tidak putus asa dengan janji Allah.. jangan lah bersifat putus asa..walaupun orang2 kafir cuba utk menghapuskannya…

009.032 يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah Menolaknya, malah Berkehendak Menyenpurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai.

009.032 (At-Tawba [Repentance, Dispensation])


Rasulullah saw yang kita kasihi juga selalu memberikan khabar gembira tentang kemenangan yang bakal diperolehi para muslimin kpd sahabat2.

Dalam peristiwa hijrah..semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah, Rasulullah bertemu dgn Suraqah bin Malik yang ketika itu dalam percubaan untuk membunuh Rasulullah. Setelah beberapa percubaan gagal, Suraqah mengalah. Rasulullah sebaliknya mengatakan pada Suraqah bahawa kerajaan Islam pasti menawan Parsi dan kalung kisra raja Parsi akan Rasulullah hadiahkan pada Suraqah. Rasulullah dan para sahabat sangat optimis berjuang dan setelah beberapa tahun kewafatan Rasulullah dan Suraqah telah pun memeluk agama Islam.. Janji Rasulullah terlaksana untuk menawan kota Parsi..Saidina Umar ra khalifah ketika itu menyarungkan kalung dan persalinan kebesaran raja Parsi kepada Suraqah sebagaimana yang dijanjikan Rasulullah kira2 10 tahun dahulu…..


Dalam perang ahzab pula..ketika Rasulullah cuba memecahkan batu untuk menggali parit, Rasulullah mengatakan kepada para sahabat di kala semangat mereka merudum, dalam keadaan getir ditindas kafir quraisy..bahawa Islam akan menawan kota Yaman, Rom dan Parsi..sedangkan umat islam ketika itu berhadapan dengan musuh yang cukup ramai. Dengan keyakinan para sahabat, mereka berjuang bersungguh-sungguh untuk menyebarkan Islam di atas muka bumi seterusnya melaksanakan janji Rasulullah saw.

Buktinya? Perhatikan di Makkah ataupun Madinah, mengapa tidak kita temui banyak kubur para sahabat..semestinya kubur mereka secara logiknya di situ..maksudnya..mereka merantau demi menyebarkan risalah islam di seluruh pelosok dunia..kubur mereka bukanlah di tanah kelahiran tapi di tempat `lain’..

Jadi.. sama-samalah kita bukakan mata celikkan minda.. untuk merealisasikan janji Allah..kita tidak patut merasakan kita berada dalam situasi pemuda 1..sampai bila pun kita tak akan sedar dan melangkah ke arah kebangkitan Islam.. Kesimpulannya..kita adalah PEMUDA 2, tidak kira situasi apa kita berada sekarang ni…


Umur kita bukanlah umur selagi dikandung badan
tapi umur kita umur umat ini

Berilah kami kekuatan agar sentiasa istiqamah di jalanMU ya Allah
wallahu'alam
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    salam..wahhh.NH akhirnyer berjaya menge'post'
    entry yg dah lame ditulisnyer..best.penerangan secara panjg lebar.. =)


  2. Anonymous Says:

    salam.Syabas buat NH dgn entry yg mantap..Teruskan usaha..=)...


Post a Comment