path2remember
assalammualaikum.

Akhirnya setelah lama mencari movie kingdom of heaven,saya dan housemate mengambil keputusan untuk mendownload sendiri cerita epic yang berkisarkan tentang perang Hittin atau dikenali sebagai perang salib kedua. Perang yang dikenali sebagai perang terbesar dalam sejarah dunia ini menyaksikan kemenangan tentera islam di bawah pimpinan Salahuddin ke atas kaum kristian di bawah Raja Baldwin IV Kejayaan menawan semula jerussalem pada 11 oktober 1187 ini menjadi tanda keagungan islam pada masa itu.Siapa yang berminat silalah tengok cerita tu yer! =)


Isu yang cuba saya utarakan sebenarnya ialah Ghazwul fikr atau dalam bahasa melayunya perang intelektual atau perang pemikiran.Satu cara utama yang digunakan oleh kaum kafir untuk melemahkan umat islam.Ini bermula sejak kegagalan menewaskan tentera Islam dalam perang salib..Orang kristian sedar mereka tidak mampu menewaskan umat Islam dengan kekuatan selagi pegangan Umat itu sendiri terhadap Islam masih kukuh.Lalu bermulalah perang pemikiran ini..Cara yang lebih halus.Mereka cuba hendak mengeluarkan kita dari cara hidup Islam.satu system kehidupan yang syumul.Tanpa Islam,kita hanya lah manusia yang tak tahu tujuan hidup.Yang mudah dijajah,diperkotak-katikkan.

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah, “sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk”. Dan jika engaku menuruti keinginan mereka setelah ilmu sampai kepadamu,tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari ALLah.

Al-Baqarah:120

Taktik 4S digunakan berjaya melalaikan kita.Apa itu 4S??

1-SMoKES 2-SEX 3-SonGS 4-SPORTS

Smokes = lihat sahaja pengeluar terbesar rokok bepusat di JErussalem,tapi mereka sendiri menghalang orang yahudi merokok kerana mereka sedar akan bahayaNYa rokok.(semasa cycle oncology tempoh hari,kami melihat patient with cancer of soft tissue yang hampir robek dagunya yang mana cancer itu juga diinduce oleh rokok.nauzubillah).rokok juga membawa kesan kepada mental development,liver,lung,heart dan etc.kita lihat saja berapa ramai anak melayu sekarang yg menghisap rokok??berjayakah mereka?YA!!

Sex =kini bayak sahaja kes2 anak luar nikah,tangkap basah yang rata-ratanya di kalangan remaja MElayu Islam sendiri.Inilah kesan PEnghasilan movie-movie yang diselitkan adegan2 lucah,pengeluaran majalah2 porno,promosi lagu2 dengan video clip yang mengghairahkan,rekaan fesyen2 yang jelas sekali mendedahkan aurat.Ini semua supaya kita rasa benda ini adalah suatu yang biasa.Secara tak langsung kita telah diperdaya oleh mereka..MEreka Berjaya menjadikan jahilliyah ini suatu yang tidak asing bagi kita.

Sports = pakaian-pakaian sukan yang tak menutup aurat dijadikan pakaian formal utk acara-acara sukan.berseluar pendek,pakaian renang.Dipertonton di kaca tv sehingga bagi kita itu satu yang biasa..Bukannya Islam tak mmbernarkan kita bersukan,tapi ada caranya..tak perlulah kita terikut-ikut Barat..JAnganlah kita lebih sibuk isu sukan sedang isu umat kita lupakan..

Songs =Artis dijadikan idola.Dipuja-puja.sampaikan ada akademi untuk menghasilkan artis2..Anak2 remaja sibuk menghafal lagu2 artis pujaan.mengagungkan orang yang tak sepatutnya. Ramai lagikah yang masih ingat atau tahu atau even mahu tahu sirah Islam,tokoh-tokoh besar Islam,perang2 dalam islam atau hakikat umat islam masa kini.

Berjaya kah mereka men’distract’kan kita dari Islam??YA!!

THOSe WHO STAND FOR nOThiNG,WILL FALL FOR ANyTHING..

Apabila kita lemah,apabila Islam bukan lagi pegangan kita,mudahlah kaum kafir untuk menawan kita..ITUlah tujuan mereka.Sudah berjayakah PErang pemikiran mereka ?? pikir2 kan..

2 Responses
  1. Anonymous Says:

    ya.kita dahvterkena...kita skang ni wabak penyakit wahan....cintakan dunia,takutkan mati...Nauzubillah...harapa dpt recover...


  2. Anonymous Says:

    ..JAnganlah kita lebih sibuk isu sukan sedang isu umat kita lupakan..

    ;) kenapa tah suke ayat ni. sound fishy... but true... jzkk=)

    -ummu tariq


Post a Comment